2021

2021
DARURAT COVID-19

NIK AZIZ DAN ELIZABETH WONG SENASIB: DIAIB KEKASIH

Ahad, Februari 22, 2009

| | |

Berhati-hatilah memilih kekasih, apatah lagi untuk berkongsi ranjang. Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong telah merasai pahitnya. Dirinya dan partinya terpalit aib.

Demikian juga Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat. Perkasihan dan adegan ranjang tuan guru itu dengan kekasihnya Ibrahim Ali juga mengundang aib. 

Tiada konspirasi. Tiada konspirator. Kekasih sendiri yang menabur malu kepada khalayak.

[Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, 'Tok se, tok se ...' Sumber foto: Kickdefella]

Dah terantuk baru tengadah. Nik Aziz akhirnya melafaz cerai. Bernama melaporkan 'PAS Kelantan Minta Ibrahim Ali Letak Jawatan'

'KOTA BAHARU, 20 Feb (Bernama) -- PAS yang tidak berpuas hati dengan kelantangan anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang sering mengkritik parti itu meminta beliau meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi.


Beliau berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, anggota Parlimen Bebas itu tidak sepatutnya sering menghentam PAS seolah-olah beliau sahaja yang betul.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, hari ini.

Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, berkata Ibrahim meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasan Pasir Mas ketika itu menolak cadangan itu.

"Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya.'


Utusan Malaysia pula melaporkan 'Nik Aziz cabar Ibrahim'.

Bekas kekasih Elizabeth Wong belum jelas identitinya, tetapi bekas kekasih Menteri Besar Kelantan itu sudah terkenal seantero alam Melayu. Beliau merupakan bekas kekasih kepada semua orang yang berkepentingan di negara ini. Beliau memang terkenal menyebar malu semua orang yang tidor bersamanya.
UMNO, khususnya ahli-ahli UMNO Pasir Mas telah lama menanggung derita tidur bersamanya, justeru menceraikannya. Malangnya tuan guru itu dan anak-anak buahnya buta mata hati, katak di kubang  didukung dan disusui, anak sendiri ditinggalkan mati kehausan. Terimalah padahnya.