2021

2021
DARURAT COVID-19

BAKUTEH COUPLE WILL NEVER APPRECIATE US! (II)

Rabu, Julai 24, 2013

| | |
Pasangan bakuteh - Alvin dan Vivian, gambar di atas - sepatutnya sujud syukur kerana hidup dalam masyarakat Malaysia yang mengamalkan prinsip keempat Rukunegara: Kedaulatan Undang-Undang. Andainya mereka hidup di Syria, serta menggunakan Islam sebagai bahan jenaka, lidah mereka sudah digunting dan otak mereka sudah bersepai.

(Tiada Rukunegara di Syria dan orang ini tidak menunggu arahan mahkamah atau peguam negara untuk menghukum penjenaka yang mempersendakan Islam. Sumber: The Top Information Post)

Ini berita dari Syria (sebagaimana dilaporkan oleh The Top Information Post) untuk tatapan Alvin dan Vivian:
 (Muhammad Qatta, kanan. Sumber: The Top Information Post)

Remaja lelaki, Muhammad Qatta, 14 tahun, didera dan ditembak di hadapan ibu dan bapa beliau kerana berjenaka dengan nama Nabi Muhammad SAW. Ceritanya begini:

'Seorang pelanggan yang mengunjungi kedai kopi keluarga Muhammad Qatta memesan secawan kopi daripada Muhammad dengan janji untuk membayarnya kemudian hari. Secara berjenaka, sebagaimana kebiasaan orang Syria, Muhammad berkata: "Kepada Nabi Muhammad sekalipun saya tidak akan jualkan kopi secara berhutang."

(Jasad Muhammad Qatta terbaring di atas jalan setelah ditembak sebanyak tiga das oleh anggota kumpulan militan dalam masyarakat SyriaSumber: The Top Information Post)

Jenaka itu mengundang tindakan kejam terhadap Muhammad Qatta oleh kumpulan militan dalam kalangan masyarakat Syria. Cerita penuh di sini.

Sebaliknya di Malaysia. Peguam Negara dicela kerana mengambil tindakan undang-undang terhadap penjenaka yang mempersenda umat Islam.