2021

2021
DARURAT COVID-19

INILAH MANGSA POLITIK SERAKAH PAKATAN RAKYAT!

Isnin, Januari 14, 2013

| | |
Keserakahan politik tiada batasannya dan banyak mangsanya. Mangsa yang dirakam dalam gambar di atas ialah orang Melayu beragama Islam.

Gambar ini dipetik daripada Mingguan Malaysia  edisi 13 Januari 2013. Kapsyen di bawahnya: 'Sebuah keluarga berbangsa Melayu bangga menyarungkan bendera parti DAP semasa berarak ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.'

Saya tidak pasti parti politik yang dianggotai oleh mangsa dalam gambar di atas. Namun saya pasti mereka beragama Islam. Saya pasti, sebagai penganut Islam, Tuhan mereka ialah Allah. Saya pasti mereka yakin Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang tidak mempunyai sekutu dan Tuhan yang tidak mempunyai anak.

Terkeliru dengan keserakahan politik seseorang yang ingin menjadi perdana menteri menyebabkan penganut Islam ini lupa bahawa parti DAP sedang berjuang untuk menjadikan Allah sebagai tuhan yang mempunyai anak bernama Jesus dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

Malang sekali nasib yang menimpa keluarga ini. Tiada seorang pun pemidato di Stadium Merdeka pada 12 Januari itu, termasuk pemidato daripada parti PAS, memberitahu bahawa Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu tidak lagi Tuhan Yang Maha Esa, tidak lagi Tuhan yang tidak mempunyai sekutu dan tidak lagi Tuhan yang tidak mempunyai anak.

Demikian bahana keserakahan politik. Dengan satu undi, umat Islam dijanjikan syurga, umat Kristian dijanjikan Allah. Percuma!