2021

2021
DARURAT COVID-19

TPM TERIMA LAPORAN PANEL DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA

Jumaat, Ogos 31, 2012

| | |

PUTRAJAYA, 30 OGOS 2012: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menerima naskhah Laporan Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 daripada Pengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara, Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. Majlis penyerahan berlangsung di Pejabat Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Laporan setebal 224 muka surat itu mengandungi 193 perakuan meliputi 55 isu pendidikan yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia dalam 36 sesi dialog di seluruh negara bermula dari 23 April hingga 14 Julai. Panel juga menerima dan meneliti 107 memorandum daripada individu, agensi Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Laporan Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 akan dijadikan input penyediaan pelan hala tuju pendidikan negara yang sedang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Draf awal pelan hala tuju tersebut akan dilancarkan oleh Perdana Menteri dan dipamerkan kepada orang ramai tidak lama lagi.

Turut menyaksikan penyerahan laporan tersebut ialah ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Dato' Dr. Rosli Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, Pengerusi Panel Penilai Bebas Kajian Semula Pendidikan, Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak,  Ahli Panel Penilai Bebas Kajian Semula Pendidikan, Tan Sri Zarinah Anwar, Ahli Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara, Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran Malaysia.

CATATAN PENGHARGAAN: Terima kasih kepada Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd. Zahid yang memberikan saya ruang untuk menyumbang kepada Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara.