2021

2021
DARURAT COVID-19

MARI SOKONG QPR

Isnin, Disember 05, 2011

| | |



Queen's Park Rangers (QPR) akan menentang Manchester United (MU) di gelanggang sendiri, stadium Loftus Road (London), pada Ahad 18 Disember 2011. Sepak mula jam 12.00 tengahari.

Perlawanan itu dikategorikan kelas A dalam Barclays Premier League 2011-2012. Oleh itu harga tiketnya tinggi. Tiket terendah untuk penonton dewasa (kelas gangsa) ialah ₤45 (RM215.00).

Pastinya RM215 tidak besar kepada penagih bola sepak England yang berulang-alik di laluan langit Kuala Lumpur-London. Namun usah menempah tiket Malaysia Airlines (MAS) ke London untuk menyorak QPR atau MU di Loftus Road (Loftus Road adalah stadium terkecil dalam senarai stadium Barclays Premier League dengan muatan 18,439 penonton) kerana semua tiket untuk semua kelas (platinum ₤70, emas ₤55 dan perak ₤50) telah habis terjual.
Tiga rakyat Malaysia menguasai 66 peratus ekuiti QPR menerusi Tune QPR Sdn. Bhd. - Tony Fernandes, Kamarudin Meranun dan Ruben Emir Gnanalingam. Air Asia dan Malaysia Airlines serta Lotto Sports Italia merupakan rakan sekutu rasmi kelab bola sepak England yang berusia 129 tahun tersebut.

Bawa RM5 dan kunjungi mana-mana restoran mamak sebelum jam 8.00 malam hari Ahad 18 Disember, anda dapat saksikan siaran langsung pertarungan tersebut berserta sajian teh tarik dan tosai, dan soraklah pasukan QPR kerana jersinya mempamerkan ikon Malaysia, MAS, dan pengerusinya pun rakyat Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.
Inilah reka bentuk jersi pemain QPR apabila bermain di gelanggang sendiri. Bersarungkan jersi ini dalam tujuh perlawanan Barclays Premier League di Loftus Road, QPR telah menang sekali, seri empat kali dan kalah dua kali.

Khabarnya MAS, yang dilaporkan menjana kerugian sebanyak RM700 juta pada setengah tahun pertama 2011, berbelanja sebanyak RM18 juta untuk jersi ini.