MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
2018, 31 OGOS: Kemerdekaan yang amat manis kali ini kerana buat julung kalinya Malaysia merdeka daripada cengkaman kleptokrat yang hampir-hampir 'bersultan di mata, beraja di hati'.

BACAAN HUJUNG TAHUN

Jumaat, Disember 30, 2011

| | |
Sebanyak 20 juta naskhah buku Stephen R. Covey dalam 38 bahasa tersebar di seluruh dunia. Karya termasyhur beliau ialah The 7 Habits of Highly Effective People (1989) [Edisi Bahasa Melayu: 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan.]

Tabiat keenam dalam The 7 Habits ialah SYNERGIZE. Tabiat ini, daripada kata kerja SYNERGIZE kepada kata nama SYNERGY, dikupas dengan lebih mendalam dalam The 3rd Alternative.

Covey memulakan buku ini dengan ungkapan:
'Life is full of problems. Problems that seem impossible to solve...'

Beliau seterusnya memetik kata-kata Albert Einstein:
'The significant problems we have cannot be solved at the same level of thinking with which we created them.'

Seterusnya Covey merumuskan intipati buku ini:
'To solve our most difficult problems, we must radically change our thinking - and that's what this book is about.'

Bilangan muka surat: 439.
Harga (Edisi kulit keras di MPH): RM94.90 (Harga semuka surat: 22 sen.)