2021

2021
DARURAT COVID-19

MB PERAK ANGKAT STATUS KIDR

Selasa, November 15, 2011

| | |
TAHNIAH RAKYAT NEGERI PERAK. Menteri besar kalian, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, sedang berusaha gigih untuk mentransformasi Kolej Islam Darul Ridzuan kepada IPTS bertaraf kolej universiti. Kertas cadangan bagi merealisasikan tekad besar beliau itu telah dikemukakan kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan Jabatan Pengajian Tinggi pada 9 November 2011.

Rakaman gambar penyerahan kertas cadangan Kerajaan Negeri Perak untuk mentransformasi KIDR kepada IPTS bertaraf kolej universiti oleh ketua pasukan petugas transformasi, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin:

BANGUNAN PARLIMEN (KUALA LUMPUR), 9/11/2011 (8.30 pagi): Kertas cadangan transformasi KIDR diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.
JABATAN PENGAJIAN TINGGI (PUTRAJAYA), 9/11/2011 (3.30 petang): Kertas cadangan transformasi KIDR diserahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (Sektor Pengurusan IPTS), Datin Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.
Kulit depan buku dan cakera padat yang mengandungi kertas cadangan transformasi KIDR kepada IPTS bertaraf kolej universiti.
Syabas Dato' Seri Diraja Dr. Zambry. Saya tumpang bangga kerana dapat menyumbang dalam lompatan besar ini. [Catatan terdahulu: Pengerak Transformasi.]