2021

2021
DARURAT COVID-19

KEJAYAAN GAGASAN 1MALAYSIA

Selasa, Oktober 18, 2011

| | |

TAHNIAH kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (Gambar atas: Mejar (K) Haji Md. Nor bin Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik.)

Beliau, sebagai Ketua Perkhidmatan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, telah mengambil langkah proaktif merangka agenda pembinaan watak profesional Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi supaya dapat melaksanakan dengan berkesan prakarsa transformasi nasional - Program Transformasi Kerajaan.

Agenda tersebut akan digarap menerusi perencanaan dan pelaksanaan Pelan Transformasi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi.

Saya menumpang bangga kerana dapat menyumbang sebagai fasilitator bengkel pegawai-pegawai kanan Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, politeknik dan kolej komuniti untuk menyediakan kerangka dan idea utama pelan transformasi itu (gambar atas).



Gambar atas: Pensyarah politeknik dan kolej komuniti mengambil bahagian dalam bengkel penjanaan idea utama agenda pembangunan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi berwatak profesional dan efektif.

Gambar bawah: Bengkel penjanaan idea utama pelan penggantian pemimpin dan penjawat jawatan strategik organisasi di Kelana Resort, Seremban pada 15 Oktober 2011.

Langkah proaktif ini merupakan petunjuk bahawa aspirasi gagasan 1Malaysia - 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' - berjaya merangsang semangat kerja jentera Kerajaan.

Gambar atas: Bengkel pasukan kerja Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di Le Grandeur, Senai pada 29 Oktober 2011.