2021

2021
DARURAT COVID-19

BACAAN RINGAN: MUAMMAR GADDAFI

Rabu, September 28, 2011

| | |

Pengawal peribadi Muammar Gaddafi dikatakan terdiri daripada perempuan muda dan dara. Mereka dilatih untuk membunuh sesiapa sahaja yang mengancam keselamatan pemimpin Libya itu. Mereka bersumpah melindungi beliau dengan darah dan nyawa. Mereka sentiasa di sisi Muammar Gaddafi, di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Sekarang Muammar Gaddafi bukan lagi pemimpin dan penguasa, malah beliau menjadi buruan pemerintah Libya yang baru. Namun beliau belum dapat dikesan. Begitu juga pasukan perempuan muda pembunuh yang dilaporkan bersumpah mati untuknya, lenyap bagai bayang-bayang dalam cahaya.