2021

2021
DARURAT COVID-19

ANAK BULAN SYAWAL LAHIR DALAM KELAM

Selasa, Ogos 23, 2011

| | |



Anak bulan Syawal 1432H dijangka lahir pada pukul 11.04 pagi hari Isnin, 29 Ogos 2011. Bagaimanapun, mengikut hisab ahli astronomi, kilaunya hanya sampai ke daerah kita pada hari Selasa, 30 Ogos 2011.

Grafik di bawah ialah keluk ketampakan anak bulan Syawal 1432H yang disiarkan dalam Moonsighting.com. Penghuni bumi dalam kawasan keluk hijau dapat melihat anak bulan tersebut dengan mata kasar.

Isnin, 29 Ogos 2011 (11.04 pagi)
Kilauan 1 Syawal 1432H hanya dapat dinikmati penduduk daerah Selatan benua Amerika Selatan. Pada Maghrib, 29 Ogos di Semenanjung Malaysia, anak bulan Syawal sudah berusia lapan jam.

Selasa, 30 Ogos 2011 (11.04 pagi)
Anak bulan Syawal 1432H dapat kita lihat dengan mata kasar.
Apa-apa pun tunggulah pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ogos 2011.

*****
Arca anak bulan Ramadhan 1432H yang dirakam oleh Ammar Tahir dari Cape Town, Afrika Selatan pada senja 31 Julai 2011. Arca dipetik daripada Moonsighting.com.

Catatan beliau:

'On July 31, I along with four other Muslim Malaysians were waiting for the new Hilal of Ramadhan and all of us witness the Hilal clearly with our naked eyes at about 6:40 pm (sunset was 6.06 pm). We were standing in front of the lighthouse at Mouille Point, Cape Town.
We left the location at about 6:50 pm to head home to do Maghrib. When we left, the crescent was still clearly visible in the sky. Even some non-Muslims were pointing towards it and admiring its beauty and clarity.'