Menjalankan hukuman mati di Negeri China
Gambar di atas berserta kapsyennya dipetik daripada laman blog The Scribe A Kadir Jasin. Gambar ini disisipkan pada catatan pemblog berkenaan yang bertajuk Kelakuan Buruk Di Jalan Raya Bermula Di Sekolah dan bermula dengan: "NEGERI China. Sun Weiming, seorang eksekutif, dijatuhkan hukuman mati. Di Negeri itu, hukuman mati dijalankan dengan tembakan di kepala dari jarak dekat. ..." Baca selanjutnya.
Sun Weiming (gambar bawah), 30, eksekutif dari wilayah Sichuan, sebagaimana dilaporkan oleh China Daily pada 25 Julai 2009, dijatuhi hukuman mati oleh Chengdu Intermediate People's Court kerana didapati bersalah 'mengancam keselamatan awam' dengan memandu dalam keadaan mabuk. Sun juga didapati tidak memiliki lesen memandu. Berita selanjutnya.
CATATAN TAMBAHAN
Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International, melaporkankan sebanyak sekurang-kurangnya 1,718 hukuman mati dijatuhkan oleh mahkamah di China pada tahun 2008. Sumber: Amnesty International.