Anak bulan Ramadhan terbit di langit Indonesia. Imej hilal Ramadhan ini dirakamkan oleh pasukan rukyah Rukyatul Hilal Indonesia dari Bukit Brambang, Yogyakarta pada senja 21 Ogos 2009. Pasukan tersebut melaporkan hilal dapat dilihat menerusi teleskop selepas empat minit matahari terbenam. Selanjutnya, kira-kira 20 minit selepas senja, wajah hilal (seperti imej di bawah) dapat dilihat dengan mata kasar.