2021

2021
DARURAT COVID-19

BOIKOT KEGANASAN!

Khamis, Januari 08, 2009

| | |
Keganasan, apa-apa jua bentuknya dan oleh sesiapa pun, wajib ditentang. Oleh itu saya menyokong gerakan memboikot barangan dan perkhidmatan dari USA.

Namun, sebagai warga prihatin, saya tidak menyokong tindakan memboikot barangan halal yang dikilang di Malaysia. Demikian juga perkhidmatan halal yang diberikan oleh firma-firma di Malaysia yang dianggotai oleh tenaga pekerja Malaysia.

Demikian juga tindakan melancarkan boikot 'made-in-usa' di pekarangan masjid seusai sembahyang Juma'at. Tindakan ini melukakan hati anak-anak yang ibu bapa mereka mencari rezeki di kilang-kilang atau firma-firma berkenaan di Malaysia. Kekeliruan dan kebencian anak-anak tersebut, serta ibu bapanya, kepada Islam akan bercambah. 

Lebih buruk sekiranya anak-anak dan ibu bapa tersebut beragama Islam. Hilang pekerjaan boleh menjerumuskan mereka ke daerah kemiskinan. Kemiskinan boleh menjatuhkan mereka ke lembah kefakiran. Kefakiran adalah pintu kekufuran. 

Justeru saya tidak mahu terlibat dalam satu bentuk keganasan yang boleh menjerumuskan saudara seagama ke lembah kefakiran.

Menganjurkan perhimpunan boikot seusai sembahyang Juma'at juga tidak jantan. Mengambil kesempatan kehadiran kaum muslimin berjuma'at. Pendekatan ini tidak memerlukan usaha keras dan perancangan rapi. Tiada pemikiran dan kebijaksanaan dipergunakan. Walhal Amerika (USA), Israel dan sekutu mereka menggembleng segala daya upaya dan kepandaian. Mana mungkin ketidakjantanan dan kenaifan mengatasi keberanian dan panjang akal.

Siapakah yang akan menyokong para penganjur yang kebolehannya dan kesanggupannya hanyalah menahan lukah di pergentingan?