2021

2021
DARURAT COVID-19

OPTISKE HORISONTER (UFUK OPTIK)

Ahad, Mei 15, 2011

| | |
Artikel ini saya tulis untuk memberitahu kepada pemimpin Kerajaan Malaysia dan komuniti bijak pandai bagaimana cendekiawan negara maju memperturunkan ilmu masing-masing kepada anak-anak muda mereka yang masih bersekolah.

Beginilah kisahnya:

'Tidak jauh dari ibu kota negara Denmark, Copenhagen, terdiri sebuah universiti bernama Universiti Teknik Denmark (Denmark Technical University) atau ringkasnya DTU.

Satu daripada jabatan pengajian dan penyelidikan yang terdapat di DTU ialah Jabatan Kejuruteraan Fotonik (Department of Photonics Engineering) yang lebih masyhur sebagai DTU Fotonik.

Visi DTU Fotonik ialah 'pemimpin antarabangsa dalam penyelidikan inovatif kejuruteraan fotonik'. Oleh itu bidang pengajian dan penyelidikan institusi ini ialah segala ilmu berkenaan cahaya yang boleh digubah kepada teknologi untuk kesejahteraan hidup manusia.

Sarjana di DTU Fotonik juga berkecimpung dalam kerja penyelidikan untuk memahami dengan lebih tepat zat dan tabiat cahaya serta merekodkan penemuan mereka untuk digunakan oleh sarjana lain pada masa hadapan supaya lebih banyak teknologi dapat direka cipta demi kebaikan manusia.

Pada tahun 2009 DTU Fotonik menerbitkan buku yang menghimpunkan hasil pemikiran dan dapatan penyelidikan sarjana mereka: Beyond optical horizons - today and tomorow with photonics. Karya ini diterbitkan untuk manfaat manusia sejagat.

Di samping menumpukan penyelidikan dalam bidang nanofotonik, sumber cahaya dan penderia industri, fotonik dinamik, dan teknologi komunikasi, sarjana DTU Fotonik juga mengajar dan membimbing penuntut pascasiswazah. Pada masa ini terdapat 55 penuntut PhD di institusi itu.

Apa yang menariknya ialah dalam kesibukan institusi ini menyelidik dan memperturunkan ilmu berkenaan cahaya kepada penuntut pascasiswazah, sarjananya mengerah tenaga menulis buku berkenaan ilmu cahaya untuk bacaan pelajar sekolah menengah.

Buku itu, Optiske horisonter (Gambar di atas.), ditujukan khas kepada pelajar Denmark yang mengambil mata pelajaran fizik. Oleh itu Optiske horisonter ditulis dalam Dansk (Danish), bahasa ibunda pelajar, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar persekolahan negara Denmark. Dengan cara itu para sarjana DTU Fotonik dapat memperturunkan ilmu mereka kepada anak-anak muda di sekolah menengah yang akan mewarisi tradisi kesarjanaan demi kegemilangan bangsa dan negara Denmark.

Berikut ialah petikan daripada Optiske horisonter (Optical Horizons atau Ufuk Optik) yang diedarkan secara PERCUMA ke semua sekolah menengah di Denmark:


Kapitel 9 - Dit vindue til verden - Fiber til hjemmene

af Idelfonso Tafur Monroy

Fiber til hjemmet (eller på engelsk: Fiber-to-the-home - FTTH), eller måske ligefrem "Fiber til forbrugerens enemærker" (der på engelsk kendes som: fiber to the customer premises - FTTCP) er ikke alene nye akronymer i det danske sprog, men dækker også over teknologier, der leverer bredbånds telekommunikation baseret på fiber-optiske kabler og de tilknyttede optiske og elektroniske komponenter. Disse teknologier muliggør levering af adskillige avancerede serviceprodukter såsom telefon, bredbånds internet forbindelse, samt "high definition" TV – alt sammen leveret over den samme optiske fiber direkte til hjem eller kontor. I fremtiden kan FTTH teknologien i endnu højere grad blive vores vindue til verden, når sågar tre-dimensionale bevægelige billeder bliver leveret gennem 3D TV, og spil bliver tilgængelige gennem en bredbånds forbindelse direkte ind i dagligstuen.



Kapitel 11 - Når telefonen melder optaget - Ressourceplanlægning i telenet

af Lars Staalhagen og Villy Bæk Iversen

Det globale telenet er det mest komplekse system, der er skabt af mennesker. Alligevel er det nemt for almindelige abonnenter at benytte det, men for at det kan lade sig gøre, er der mange problemstillinger, der skal løses. Et generelt problem er, hvordan man mest hensigtsmæssigt fordeler ressourcer i telenettet, så abonnenterne så godt som altid kan foretage opkald, når de ønsker det. Hvis et opkald ikke kan foretages på grund af manglende ressourcer i telenettet, vil abonnenten høre en optaget-tone. En optaget-tone kan derfor både betyde, at den man ringer til er i gang med en anden samtale, men også at opkaldet ikke kan foretages på grund af manglende ressourcer i telenettet. En løsning på problemet vil være at overdimensionere telenettet, så der altid vil være ressourcer nok, men dette er ikke hensigtsmæssigt set fra teleoperatørens side, da der er store omkostninger ved at etablere et telenet.


Sekian. Semoga kita mendapat iktibar daripada cara-cara orang di negara maju bekerja dan memajukan diri mereka.