2021

2021
DARURAT COVID-19

SURAT KEPUJIAN KEPADA YANG BUDIMAN ENCIK AH JOE

Khamis, Disember 22, 2016

| | |



Surat kepujian ini dianugerahkan kepada Yang Budiman Encik Ah Joe,
pemandu teksi pekan Taiping, Perak, nombor pendaftaran ACA3518,
kerana telah menyelamatkan dan memulangkan beg sandang saya
serta barang-barang berharga di dalamnya
pada 21 Disember 2016 jam 2.30 petang.

Saya telah tertinggal beg tersebut di dalam teksi beliau ketika menyewa perkhidmatan teksi beliau dari Stesen KTM Taiping ke Hotel Taiping Perdana
pada 21 Disember 2016 antara jam 1.30 petang hingga jam 1.45 petang.

Tindakan beliau melambangkan sifat budiman yang tinggi
serta terbit daripada penghayatan nilai-nilai murni pegangan rakyat Malaysia
sebagaimana yang digarapkan dalam Rukun Negara.

Syabas dan terima kasih Yang Budiman Encik Ah Joe,
DZULHIJAH SOKARNO