2021

2021
DARURAT COVID-19

SULTAN NAZRIN PERKENAN PELAN STRATEGIK MAIPK

Rabu, September 28, 2016

| | |
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyemak buku Pelan Strategik 2016-2021 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin setelah melancarkannya pada 27 September 2016 di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. (Gambar ehsan Perak Today.)

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Menteri Besar Perak dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak sempena pagi bersejarah pelancaran rasmi Pelan 2016-2021 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Baginda telah memberikan perkenan diraja kepada pelan strategik tersebut untuk dilaksanakan demi ketinggian syi'ar Islam, keunggulan daya upaya ummah menerusi transformasi pendidikan dan kesejahteraan masyarakat menerusi kemajuan ekonomi.


Rakaman kenang-kenangan seusai majlis plancaran Pelan Strategik 2016-2021 Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Sumbangan kecil saya kepada Majis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak yang bertekad menterjemahkan aspirasi pemerintah negeri untuk memajukkan ummah dan melindungi syi'ar Islam kepada tindakan-tindakan yang dijuruskan ke arah sepuluh dimensi strategik: syi'ar Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, keutuhan undang-undang Islam, kelestarian sumber MAIPk, keampuhan daya upaya organisasi MAIPk, pembinaan keterampilan dan pemajuan daya fikir abad ke-21, penghyatan al-Quran, pemajuan usahawan perdagangan dan perindustrian, dan kesejahteraan sosioekonomi keluarga.