MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
2018, 31 OGOS: Kemerdekaan yang amat manis kali ini kerana buat julung kalinya Malaysia merdeka daripada cengkaman kleptokrat yang hampir-hampir 'bersultan di mata, beraja di hati'.

THE SYMPATHIZER MENELANJANGKAN HATI BUDI RAKAN KOMUNIS SERANTAU

Isnin, Jun 13, 2016

| | |
Pencerita dalam buku ini, seorang polis cawangan khas berpangkat kapten, tidak memberitahu namanya kerana katanya: I am a spy, a sleeper, a spook, a man of two faces. Perhaps not surprisingly I am also a man of two minds.
Sesuai dengan kandungannya yang berbentuk pengakuan seorang pengintip dua muka, perjalanan buku ini dari London ke meja saya juga mengambil masa yang panjang. MPHonline yang menerima tempahan saya pada 4 Mei hanya dapat menyampaikannya kepada saya pada 10 Jun. Saya akur akan kesukaran yang dihadapi oleh MPHonline menerbangkan satu pengakuan seorang pengintip komunis Vietnam.
Hasil kerja kreatif Profesor Madya Viet Thanh Nguyen ini sememangnya layak menerima Anugerah Pulitzer 2016. Bukan sahaja berjaya menyerlahkan hati budi rakan komunis serantau kita, The Sympathizer berjaya menunaikan tanggungjawabnya sebagai sebuah karya kreatif ulung - melebarluaskan kesedaran kemanusiaan melangkaui daya upaya pancaindera kita.