MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
2018, 31 OGOS: Kemerdekaan yang amat manis kali ini kerana buat julung kalinya Malaysia merdeka daripada cengkaman kleptokrat yang hampir-hampir 'bersultan di mata, beraja di hati'.

DI MANAKAH RANTAU PALING MALANG KEPADA IBU BERSALIN?

Rabu, Februari 26, 2014

| | |

Setiap tahun, 40 juta ibu bersalin tanpa bantuan bidan terlatih. Akibatnya lebih sejuta bayi meninggal pada hari pertama mereka keluar daripada rahim ibu.

Selanjutnya State of the World's Mothers 2013 terbitan Save the Children International melaporkan:


  • Rantau paling malang bagi ibu bersalin dan bayinya ialah Afrika Sub-Sahara. Risiko maut paling tinggi yang menanti ibu bersalin dan bayinya ialah di Republik Afrika Tengah, Chad, Ivory Coast, Congo, Mali, Sierra Leone dan Somalia.


  • Rantau Asia Selatan merupakan perkuburan terbesar untuk ibu bersalin dan bayinya. Setiap tahun 83,000 ibu mengandung dan ibu bersalin meninggal di rantau ini. Penyumbang terbesar ialah India (56,000) dan Pakistan (12,000).
  • Sebanyak 423,000 bayi yang lahir di rantau Asia Selatan meninggal sebelum sempat menyedut udara hari kedua kelahiran mereka. Penyumbang terbesar ialah India (329,000), Pakistan (60,000) dan Bangladesh (28,000).
  • Dua pertiga daripada kematian bayi sejagat berlaku di sepuluh negara: India, Nigeria, Pakistan, China, Congo, Ethiopia, Bangladesh, Afghanistan dan Tanzania. Hampir 60 peratus daripada kematian ibu mengandung dan bersalin juga terjadi di sepuluh negara ini.

Kedudukan Malaysia?

Indeks Ibu 2013*: 70/176 negara.

Kematian bayi pada hari pertama kelahiran: 1/1,000 kelahiran hidup.


*[Indeks Ibu 2013 mengambil kira empat dimensi berikut: risiko kematian maternal, kadar kematian kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun, jangkaan hayat persekolahan, GNI per kapita, dan penyertaan wanita dalam kerajaan (bilangan wanita dalam Parlimen).
Nota: Penerbitan State of he World's Mothers 2013 ditaja oleh Bill & Melinda Gates Foundation.