MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
2018, 31 OGOS: Kemerdekaan yang amat manis kali ini kerana buat julung kalinya Malaysia merdeka daripada cengkaman kleptokrat yang hampir-hampir 'bersultan di mata, beraja di hati'.

BENDERA NEGARA PADA KOD BAR

Jumaat, Februari 28, 2014

| | |
Bolehkah diketahui negara pengeluar sesuatu produk menerusi kod bar?


Jawapan: Kod bar menunjukkan di negara mana kod tersebut didaftarkan untuk produk berkenaan. Kod bar tidak menunjukkan di negara mana sesuatu produk dihasilkan. Bahagian kod bar yang menunjukkan negara pengeluar atau pendaftar kod tersebut ialah dua atau tiga digit yang pertama. Bahagian ini dikenali sebagai 'bendera'. (Rujukan: Food-Info, laman web milik Universiti Wageningen, Belanda)



Contoh 1: Nescafe Classic (botol, 50g)



Nombor kod bar: 9556001140159. Nombor 'bendera': 955
Negara pengeluar kod: Malaysia


Contoh 2: Capilano Pure & Natural Honey (botol, 340g)


Nombor kod bar: 9300677002385. Nombor 'bendera': 93
Negara pengeluar kod: Australia


Awas: Terdapat produk yang dikeluarkan oleh negara A tetapi diimport oleh, serta didaftarkan kod bar di negara B, kemudian diedarkan ke seluruh dunia. Pengguna beranggapan produk berkenaan dikeluarkan oleh negara B. Misalnya madu daripada negara China yang diimport secara pukal oleh pedagang Malaysia. Madu itu dibotolkan di Petaling Jaya dan diberi kod bar Malaysia. Banyak terdapat madu dalam pasaran tempatan berkod bar Malaysia tetapi tidak dinyatakan negara asalnya, hanya tercetak nama syarikat pembotol dan pengedarnya.

Beringat: Terdapat gerakan memboikot produk keluaran negara Israel berpandukan kod bar yang bermula dengan '729'. Pastikan produk berkenaan benar-benar dihasilkan di Israel kerana terdapat produk yang dikeluarkan di negara-negara umat Islam yang berjiran dengan Israel tetapi diimport oleh, serta dibungkus di Israel sebelum dieksport ke seluruh dunia dengan kod bar Israel. Sebaliknya terdapat produk yang dihasilkan di Israel tetapi dibungkus dan diedarkan oleh pedagang di Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara rantau Timur Tengah. Kod bar produk tersebut tentunya tiada 'bendera' Israel.


Jadual di bawah, dipetik sepenuhnya daripada Food-Info, menunjukkan nombor 'bendera' pada kod bar serta negeri pengeluar kod bar berkenaan:


CODE
COUNTRY
00-13
USA & Canada
20-29
reserved for local use (shops/supermarkets)
30-37
France
380
Bulgaria
383
Slovenia
385
Croatia
387
Bosnia-Herzegovina
400-440
Germany
45
Japan
46
Russian Federation
471
Taiwan
474
Estonia
475
Latvia
476
Azerbaijan
477
Lithuania
478
Uzbekistan
479
Sri Lanka
480
Philippines
481
Belarus
482
Ukraine
484
Moldova
485
Armenia
486
Georgia
487
Kazakhstan
489
Hong Kong
49
Japan
50
UK
520
Greece
528
Lebanon
529
Cyprus
531
Macedonia
535
Malta
539
Ireland
54
Belgium & Luxembourg
560
Portugal
569
Iceland
57
Denmark
590
Poland
594
Romania
599
Hungary
600-601
South Africa
609
Mauritius
611
Morocco
613
Algeria
619
Tunisia
621
Syria
622
Egypt
624
Libya
625
Jordan
626
Iran
627
Kuwait
628
Saudi Arabia
629
United Arab Emirates
64
Finland
690-692
China
70
Norway
729
Israel
73
Sweden
740
Guatemala
741
El Salvador
742
Honduras
743
Nicaragua
744
Costa Rica
745
Panama
746
Dominican Republic
750
Mexico
759
Venezuela
76
Switzerland
770
Colombia
773
Uruguay
775
Peru
777
Bolivia
779
Argentina
780
Chile
784
Paraguay
785
Peru
786
Ecuador
789
Brazil
80-83
Italy
84
Spain
850
Cuba
858
Slovakia
859
Czech Republic
860
Serbia & Montenegro
869
Turkey
87
Netherlands
880
South Korea
885
Thailand
888
Singapore
890
India
893
Vietnam
899
Indonesia
90 -91
Austria
93
Australia
94
New Zealand
955
Malaysia
958
Macau
977
ISSN (International Standard Serial Number for periodicals)
978
ISBN (International Standard Book Number)
979
ISMN (International Standard Music Number)