MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
2018, 31 OGOS: Kemerdekaan yang amat manis kali ini kerana buat julung kalinya Malaysia merdeka daripada cengkaman kleptokrat yang hampir-hampir 'bersultan di mata, beraja di hati'.

KE MANA MENGHILANG KUNANG-KUNANGKU (III)

Rabu, September 18, 2013

| | |
Teman dalm kehidupan saya zaman kanak-kanak di Kampung Gaung, Mukim Tendong, Jajahan Pasir, Kelantan, selain rakan-rakan sebaya (atau 'saing' dalam loghat Kelantan) ialah kunang-kunang dan ayam.

Berkenaan kunang-kunang, yang menemani saya pada malam hari yang gelap,  telah saya catatkan sebelum ini.

Kali ini saya ingin mencatat berkenaan ayam yang menjadi teman saya pada waktu siang. Ayam ini digelar 'ayam didik'.

Ayam didik ialah anak ayam yang tidak beribu (ibunya mati terkena penyakit sampar) yang dibela dan dimanjakan. Ayam didik makan di tangan, ayam biasa makan beras yang ditabur atas tanah. Demikian manjanya ayam didik.

Pun begitu, betapapun sayangnya saya kepada ayam didik, serta manjanya ayam didik itu dengan saya, namun ayam didik, seperti juga ayam-ayam lain, tetap memiliki satu tabiat buruk yang menyusahkan saya. Tabiat buruk ayam, yang memang sifat semula jadinya, ialah kerap mengeluarkan 'tahi ayam mone' berwarna coklat pekat dan cair.

Tahi ayam mone, bukan sahaja cair, busuknya luar biasa. Andai terpijak, atau terpalit pada kaki seluar kita, busuknya sukar dihilangkan. Tiada rakan yang sanggup hampir dengan rakannya yang terpalit tahi ayam mone.

Namun, dek kerana tahi ayam mone yang saya terpijak itu ialah tahi ayam didik saya, api kemarahan hanya meluap dalam benak saya.

Rupa-rupanya pada masa ini pun cerdik-pandai masih menggunakan patah kata 'tahi ayam' dalam pengucapan dan penulisan mereka. Bezanya, dek kerana mereka terdidik dalam sekolah Inggeris serta berbahasa mengikut resam orang-orang bandar, patah kata tahi ayam itu mereka tulis seperti berikut: 'chicken sh*t'.

Mungkin chicken sh*t tidak sebusuk tahi ayam mone, tetapi saya syak chicken sh*t yang dimaksudkan oleh orang-rang bandar lagi terpelajar itu tetap busuk, sehinggakan 'i'-nya digantikan dengan '*' bagi mengurangkan kesan busuknya!

Ini salah satu contohnya: '... chicken sh*t Prime Minister's advisors versus Prime Minister's chicken sh*t advisors ...'.

Anda boleh membaca tulisan sepenuhnya di sini.

Selamat membaca.