MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
2018, 31 OGOS: Kemerdekaan yang amat manis kali ini kerana buat julung kalinya Malaysia merdeka daripada cengkaman kleptokrat yang hampir-hampir 'bersultan di mata, beraja di hati'.

SINGGAH DI SAWAH CHUI CHAK

Rabu, September 04, 2013

| | |


Sawah padi Kampung Chui Chak di Hilir Perak menghiasi empat kilometer laluan A129
yang menghubungkan pekan Langkap dengan  Bidor dan Teluk Intan.
Sungai Bidor yang mengalirkan air dingin dari Cameron Highland di Banjaran Titiwangsa
ke Selat Melaka menumpahkan baktinya ke sawah ini.


Dari pagi hingga petang, kaum tani Chui Chak membanting tulang dan menyiram keringat di sini.

Renjisan keringat petani Chui Chak bercantum dengan air bakti Sungai Bidor
yang membajai anak-anak padinya sehingga membuahkan bijirin pengalas perut rakyat Malaysia.


Tatkala senja, gemerlap arca langit sawah Chiu Chak menjadi penawar hati duka.
Tatkala malam, kelamnya menjadi medan burung hantu memburu mangsa.