MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
2018, 31 OGOS: Kemerdekaan yang amat manis kali ini kerana buat julung kalinya Malaysia merdeka daripada cengkaman kleptokrat yang hampir-hampir 'bersultan di mata, beraja di hati'.

SINARAN AWAL JULAI 2013

Sabtu, Julai 06, 2013

| | |
Awal Julai 2013, novel karya Adam Johnson yang memenangi Anugerah Pulitzer, The Orphan Master's Son sampai ke tangan saya.

Pengelola Anugerah Pulitzer, Universiti Columbia (New York, USA), menukilkan pujian berikut terhadap karya ini dalam kenyataan perisytiharan pemenang anugerah tahun 2013:

'...an exquisitely crafted novel that carries the reader on an adventuresome journey into the depths of totalitarian North Korea and into the most intimate spaces of the human heart.'

Gubahan imaginatif Adam Johnson ini menyinari keindahan hari jadi saya yang ke-55 - Awal Julai 2013.