2021

2021
DARURAT COVID-19

HAK ANAK YATIM DALAM GAGASAN 1MALAYSIA

Khamis, Ogos 04, 2011

| | |
'RUMAH ANAK YATIM PUSAT MINTA SEDEKAH'. Demikian tajuk berita dalam Utusan Online hari ini. Berita penuh di sini.

Berita tersebut diiringi oleh gambar di sebelah dan persoalan berikut: 'Siapakah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka?'

Sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia bertindak dengan lebih proaktif dan bersungguh-sungguh membela masa depan anak-anak yatim. Mereka ada hak dalam program transformasi gagasan 1Malaysia untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi.

Keterangkuman adalah intipati gagasan 1Malaysia. Persoalan besar:

  • Apakah pelan induk dan rancangan nasional untuk merangkumkan anak-anak yatim (dan rumah anak-anak yatim) ke dalam perjalanan negara menjadi negara maju berpendapatan tinggi?
  • Adakah kegiatan anak-anak yatim menjual buku, cakera padat, kalendar, madu dan balsam di hadapan pintu masuk bank, di stesen minyak dan di pusat-pusat membeli-belah boleh menyumbang kepada gagasan 1Malaysia tersebut?
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kelihatan bersungguh-sungguh memperjuangkan kedudukan wanita dalam pentadbiran negara dan bersungguh-sungguh sedih terhadap kes 'lelaki ingin menjadi perempuan'. Adakah menteri itu bersungguh-sungguh bertindak (bukan bersungguh-sungguh berkata-kata dan memberi reaksi kepada isu semasa) memperjuangkan masa hadapan anak-anak yatim Malaysia? Tiadakah rasa sedih dalam hati menteri itu menyaksikan nasib yang menimpa anak-anak yatim Malaysia?