2021

2021
DARURAT COVID-19

LULUSAN IPT MALAYSIA LARIS

Isnin, Ogos 08, 2011

| | |
Pekerjaan adalah unsur ekonomi. Oleh itu peluang tenaga pekerja memperoleh pekerjaan sangat dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi.

Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2009 terbitan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan jelas menunjukkan hubungan antara kesihatan ekonomi dengan peluang lulusan IPT memperoleh pekerjaan.

Dalam tempoh 2005-2007, ekonomi dunia berkembang pesat. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia dalam tempoh tersebut ialah antara 4.8 peratus hingga 5.5 peratus. Demikian juga ekonomi Malaysia. GDP Malaysia berkembang antara 5.2 peratus hingga 6.3 peratus. Impak pertumbuhan ekonomi tersebut ialah peningkatan kadar bekerja lulusan IPT (dari 44.5 peratus pada tahun 2006 kepada 52.8 peratus pada tahun 2008).



Bermula penghujung tahun 2008, kesihatan ekonomi dunia merosot. Ekonomi Malaysia turut merudum. Pada tahun 2009, GDP dunia menguncup 0.6 peratus dan GDP Malaysia menguncup sebanyak 1.7 peratus. Peluang lulusan IPT memperoleh pekerjaan turut menyempit. Kadar bekerja hampir 160 ribu lulusan yang menyertai kajian pada tahun 2009 merosot kepada 45.1 peratus.

Pun begitu, kajian terhadap lulusan IPT yang bekerja pada tahun 2009 mendapati 86.2 peratus memperoleh pekerjaan dalam tempoh tidak lebih daripada tiga bulan selepas menamatkan pengajian. Kajian juga menunjukkan hanya 4.2 peratus daripada mereka yang terpaksa menunggu lebih daripada enam bulan sebelum mendapat pekerjaan.