2021

2021
DARURAT COVID-19

TERIMA KASIH LEE CHONG WEI

Khamis, Ogos 21, 2008

| | |



Terima kasih Saudara Lee Chong Wei kerana menghadiahi Malaysia pingat perak Sukan Olimpik dan mengukir nama Malaysia pada senarai negara pemenang pingat Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Saudara bagaikan penjulang obor yang meneruskan larian getir rakyat Malaysia dalam merealisasikan impian cemerlang Sukan Olimpik. Larian yang dimulakan oleh Saudara Jalani Sidek dan Rashid Sidek di gelanggang Barcelona pada 1992 dan terus dijulang hingga ke Atlanta pada 1996 oleh Saudara Rashid Sidek, Saudara Cheah Soon Kit dan Saudara Yap Kim Hock.

Sesungguhnya penat lelah dan jerih payah Saudara Lee Chong Wei telah berjaya menebus malu 12 tahun rakyat Malaysia yang dilupai masyarakat dunia di dua gelanggang badminton Olimpik - Sydney dan Athens.

Semoga nyalaan obor yang Saudara Lee Chong Wei julang di Beijing itu akan terus menyemarak hingga ke London pada 2012 nanti.

Semoga kilauan perak di Beijing itu akan menyonsong nama Malaysia ke astaka emas badminton Olimpik yang sehingga kini hanya dikuasai oleh China, Indonesia, Korea Selatan dan Denmark.

Herodotus telah mencatatkan dalam Histories ungkapan seorang pahlawan Parsi bernama Tigranes berkenaan lawannya dalam satu temasya Olimpik purba: Ajaib sungguh, Mardonius. Manusia apakah ini yang akan beradu kekuatan denganku? Bukan wang yang mereka rebutkan. Hanya kemegahan sebagai juara yang mereka dambakan! (Sumber: Perseus Digital Library Project)

[Gambar sukan rejam lembing di atas dipetik daripada Ancient Olympic Events oleh Perseus Digital Library Project.]