2021

2021
DARURAT COVID-19

KILAUN EMAS DI BENDERA JAMAICA

Jumaat, Ogos 29, 2008

| | |


Beijing menganugerahkan enam keping emas Olimpik kepada Jamaica dan hanya sekeping perak kepada Malaysia.

Jamaica, negara pulau yang baru merdeka pada 1962, daratannya lebih kecil daripada Terengganu, jumlah penduduknya tidak sampai seperlapan daripada penduduk Malaysia, saiz ekonominya (KDNK) kira-kira seperlapan belas daripada saiz ekonomi Malaysia, dan kekayaan rakyatnya (KDNK perkapita) hanya setengah daripada kekayaan rakyat Malaysia.

Pun begitu, pelari-pelari Jamaica di Beijing Olimpik 2008 menjadi kerikil tajam yang melumpuhkan pelari-pelari Amerika Syarikat di gelanggang olahraga.

"Why the Jamaicans are running away with sprint golds in Beijing", demikian tajuk rencana sukan dalam SI.com pada 22 Ogos 2008. Seterusnya penulis rencana tersebut, Tim Layden dan David Epstein, mengutarakan soalan retorik berikut: "So how is a country of 2.8 million people sprinting past the mighty Americans?"

Jawapan mereka kepada soalan retorik itu, antaranya, ialah: "There is bountiful talent on the island, just like there is bountiful talent in the U.S. The key is in properly developing that talent."

Sebagaimana sukan pecut yang menjadi kegilaan anak-anak di Jamaica, sukan badminton juga menjadi kegilaan anak-anak di Malaysia. Sememangnya Usain Bolt, Sherone Simpson, Shelly-Ann Fraser dan Melanie Walker yang berkaki kuda itu tidak dilahirkan di Malaysia. Namun kita melahirkan Lee Chong Wei, Mohd. Fairuzizuan, Mohd.Zakri, Muhd Hafiz, dan banyak lagi anak muda yang berbakat besar dalam sukan badminton.



Sebenarnya, jika kita mahu, jika kita memurnikan tekad, jika kita mempertubikan usaha, anak-anak muda Malaysia boleh menumpaskan saingan mereka dari Denmark, Korea, China dan Indonesia sebagaimana pelari-pelari Jamaica menumpaskan saingan mereka dari Amerika Syarikat.