Maksud kedaulatan (I)

Selasa, Mei 06, 2008

| | |
Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2007) mentakrifkan kedaulatan sebagai kekuasaan yang tertinggi. Contoh penggunaan kedaulatan: Kedaulatan Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan. Frasa kedaulatan rakyat pula dimaksudkan sebagai demokrasi, manakala kedaulatan undang-undang dimaknakan sebagai kedudukan undang-undang sesebuah negara sebagai kuasa tertinggi yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat.