Maksud kedaulatan (II)

Selasa, Mei 06, 2008

| | |
Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2007)memasukkan kata kedaulatan sebagai kata terbitan dari kata dasar daulat yang bermaksud:
1. bahagia, kebahagiaan; 2. ya, benar; 3. kuasa; 4. tulah.

Kamus itu selanjutnya menurunkan contoh penggunaan kata daulat seperti berikut:
Daulat dirgahayu yang bermaksud mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia.
Daulat tuanku yang bermaksud benar tuanku, ya tuanku, berbahagialah tuanku.

Manakala berdaulat pula ditakrifkan seperti berikut:
1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yang tertinggi); 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa.

Kamus itu memberikan contoh penggunaan kata berdaulat seperti berikut:
Raja yang berdaulat. Negara yang merdeka dan berdaulat. Bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang berdaulat di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain.